SELAMAT BERJUANG …..17/03/07 3:55 AM
Inilah sebahagian kawan-kawanku yang pernah bersama dalam satu permulaan perjuangan yang sama iaitu perjuangkan agama, rindunya aku dengan mereka semua ,entah bilakah akan bertemu lagi ? kalau bertemu , macam-macam agaknya yang aku nak kongsi dengan mereka,macam-macam peristiwa yang aku dah lalui bersama mereka ,ada yang masam, manis,pahit dan macam-macam lagi ,rasa macam semalam je berlalu kenangan tu. Dikalangan mereka tu ada yang banyak berjasa dengan aku, banyak tunjuk ajar aku,beri sokongan kat aku, diantara mereka ada jugak yang pernah buat aku rasa benci dengan dia tapi itu dulu ,aku dah lupakan semua , mungkin salah aku dengan dia lagi banyak agaknya , gambar kat atas tu masa aku tingkatan 2 , ada buat rombongan sambil belajar kat Kuala Lumpur tahun 2001 , aku dapat dari friendster kawan aku , sapa terror cari aku dalam gambar tu !!!
Banyak kenangan aku masa kat SMAS ( Sekolah Menengah Arab Shamsudiniah ) dulu ada kenangan baik ,ada kenangan jahat , antara kenangan jahat( kenangan baik tak yah citer lah nanti riyak pulak) ,ikut serta satu gerombolan malam ke Pekan Kundang Ulu (fly) main snooker kat kedai cina, pergh.. takut tu malam-malam pukul 2 ,3 pagi lalu kat hutan, belakang kilang Bangla ,lalu kebun sawit yang ade kubur, habis nak seronok punya pasal , tapi aku tak main ,aku tengok diorang main je ,aku test main asyik salah jer malas aku nak main dapat tengok TV jer jadik la,habis kat asrama tak dapat tengok TV , sampailah satu ketika kantol dengan ustaz Radizal warden asrama waktu tu , time tu nasib baik aku tak pegi,sebab esoknye ujian percubaan. Kesian jugak la aku tengok kawan aku kena jemur kat tengah panas dari pukul 1 pagi, sampai petang antara mereka ada yang terus kena buang sebab dah banyak kesalahan , biasalah budak-budak mana suka dikongkong sangatkan sebab tu diorang fly agaknya … ini baru satu yang aku dapat ceritakan, ada banyak lagi yang aku rasa kalu ceritakan pun memalukanlah …..
Masa aku tingkatan 5 aku kena jadik ketua kelas, ,aku bukan suka jadi ketua ni, inipun classmate aku kenakan dengan Najwa , aku tak boleh buat ape dah … Jadi ketua ni bukannya senang rupanya ,kalau setakat pegi panggil ustaz time mengajar , tu takde masalah ,tapi masalahnya nak suruh budak ikut cakap kita , part tu yang susah tu , yelah… budak-budak tu semuanya kawan-kawan aku , kalau marah kang diorang kata aku sombonglah,apelah berlagaklah, kalau baik sangat dengan diorang pun nanti diorang pijak kepala aku , pergh… confius aku di waktu itu , pernah sekali tu aku hamper kena rotan dengan ustaz Ismail ( yang ade gambar die kat atas )pasal budak ni tak nak beratur , walaupun tak kena rotan pun tapi kena marah depan ramai pelajar dari tingkatan 1 sampai tingkatan 4 semua tengok aku kena marah , malunya tak yah ceritalah ,benggang jugaklah kena marah , habis nak buat macam mana dah aku ketua kan !! mungkin memang salah aku pun , tak pandai memimpin orang lagi , tak cukup ilmu lagi… aku tak kecik hati pun dengan ustaz tu , tapi Cuma aku pelik sikit je , kenapalah aku tidak dididik untuk menjadi pemimpin sedangkan aku pemimpin(ketua) masa tu , ustaz-ustaz tu tak bagi pun aku panduan-panduan jadi ketua , nak pimpin orang macam mane ? aku tak tahu masa tu , lepas tu ustaz tu asyik nak marah aku pulak , kata aku ketua tak boleh jadik contoh, aku boleh terima kata-kata dia tapi aku masih mencari jalan,panduan ,atau kaedah nak jadik ketua , aku tak jumpa masa tu , Sampai sekarang barulah aku jumpa , nak pimpin orang ,kena pimpin diri dulu , hendak pimpin diri pun mungkin payah kalau tak ada pimpinan , jadik kalau nak jadik pemimpin kena carik pemimpin , sebaik-baik pimpinan adalah pimpinan guru murshid , madsudnya mula-mula kena baiki diri , kuatkan hubungan kita dengan Allah , datangkan rasa cinta dan takutkan Allah melalui sembahyang , dari situ akan lahir sifat-sifat mahmudah yang besar-besar antaranya , berani, berjiwa besar, sabar, redho, dan lain-lain dari sini jugalah akan lahirnya ketaatan dari orang yang kita pimpin , insyaallah , itu sedikit ilmu yang pernah aku belajar dulu tapi sebenarnya nak praktikkan dalam kehidupan pun masih tak mampu lagi .Tapi buruk-buruk pun perangai diorang ni , kelas kamilah yang paling cantik sekali kat SMAS , warna-warni , tu pun atas sokongan budak-budak perempuan yang diketuai oleh Najwa ,penolong kelas aku , kalau nak harapkan aku sorang memang tak jadik , aku cuma tolong cuba kekalkan jer.
Sebelum SPM , ada lagi peristiwa yang aku paling benci sebenarnya , tapi aku susah nak halang diorang , tapi benda tu memang menjijikkan , memalukan , susahlah aku nak ceritakan tapi sangat membahayakan , kalau terlibat tu baik taubat cepat-cepat , termasuk aku ,sebab aku ketua masa tu ,aku dikira bersubahat sebab aku diamkan . Sebelum peperiksaan bermula ada sesi mintak maaf dengan ustaz ustazah , aku cakap dengan Ustazah Hasnah ( guru kelas waktu tu ) “ Ustazah , saya mintak maaf tak dapat jaga budak ni baik-baik, saya memang tak layak sebenarnya jadik ketua” Ustazah cuma cakap “ janganlah terlalu salahkan diri awak” . Dalam hati aku cakap dah memang aku yang salah .Dalam waktu peperiksaan dalam bulan Ramadhan pun ada lagi perangai-perangai yang tak elok diorang buat , aduh!!! Tertekan aku dibuatnya , memalukan tak patut rasanya budak sekolah agama yang buat , terang-terang tinggalkan puasa !!!! memang memalukan !!!!.Tapi sekarang aku sangka baik dengan dioranglah , mungkin diorang masih tak mampu nak tunaikan sepenuhnya ,walaupun umur dah tua bangke, kesian aku tengok diorang ni . Masa hampir tamat kertas akhir untuk sesi pertama peperiksaan ada buat jamuan akhir tahun , rasanya tulah paling akhir buat jamuan ,aku kena buat ucapan , aku bukannya reti sangat buat ucapan , bantai jelah… sekali macam ayam berak kapur jer,ingatkan nak cakap nasihat ke ape ke , tak tersampai pulak nak cakap , tak sampai 5 minit dah habis .
Lepas habis SPM jer budak ni masing –masing bawak diri , ada surat tawaran ke Maahad Johor tapi tarikh dah lambat , ramai jugak yang ambik borang tu ,aku pun ambik lah , memang niatnya nak teruskan ambik bidang agama , ada jugak budak ni yang tak nak ambik borang tu , macam confident je dengan SPM , maka masuklah aku ke Maahad Johor untuk meneruskan perjuangan .
Selang beberapa bulan keputusan SPM pun keluar , aku tengok keputusan aku , ok jelah, kira puas hatilah dengan keputusan tu , tapi bila aku tengok keputusan kawan-kawan lain macam tak kena je dengan pencapaiaan diorang sebelum ni , ada yang patut dapat baik ,tapi tak dapat, macam ada yang tak kena , kesimpulannya waktu tu peratus merosot, ada yang tak layak dapat sijil . Aku rasa macam nilah balasan Tuhan kat kawan-kawan aku , sedikit je yang buat salah ,tapi effectnya pada semua .
Dan sekarang masing-masing dah buat haluan sendiri ada yang terus dalam bidang agama , ada yang terus dalam bidang akedemik, ada yang mengambil bidang kimpalan ,teknikal , ada yang ambil keputusan berenti belajar ,terus kerja , dan yang paling menyedihkan ada yang sudah pulang ke Rahmatullah ,Tuhan lebih sayangkannya , Al-Fatihah buat arwah Mohd Yunos bin Abd Majid, Mohd Afiq Bin Suleiman . Aku harap kawan-kawan aku dapat teruskan perjuangan dalam bidang masing-masing , walau apa bidang sekalipun yang korang ambik , korang tetap kawan aku , aku harap korang kena bersungguh-sungguh mempersiapkan hidup untuk mati , maksudnya belajarlah,bekerjalah tapi untuk bekalan di Akhirat, walaupun pada awal dulu kita sama-sama berjuang mempelajari bidang agama , sekarang sudah ada yang ambil bidang lain ,harap jangan pisahkan agama dalam kehidupan , bawalah agama seiring dalam kehidupan kita , benda-benda asas dalam agama jangan ditinggalkan macam sembahyang, puasa ,zakat, dan lain-lain , bukan nak ceramah kat sini cuma nak ingatkan sesame kawan-kawan jangan sampaikan pisahkan agama dalam kehidupan , insyaallah kita tak akan terhina di dunia dan di Akhirat .
Kepada sesiapa yang terlibat dalam cerita ini , mintak maaf kalau tersalah, dan tersilap bahasa , ini bukan tujuan untuk memalukan ,Cuma hendak berkongsi pengalaman , kalau ada silapnya saya hendak ditegur silakan .. saya sudi mendengar dan memperbaiki kelemahan saya .Terima kasih
1 comment:
I still remember those glory day,
When no one dared to get in our way,
It only seem like yesterday.
Seeing your gigi braces all the way.
Contact aku kat sini:
http://profiles.friendster.com/izzulakmal
Post a Comment