Friday, March 23, 2007

KATA-KATA HIKMAH ORANG-ORANG SOLEH





A. SAYIDINA ABU BAKAR AS SIDDIQ


Khalifah ur Rasyidin yang pertama dan Sahabat utama Rasulullah SAW, Sayidina Abu Bakar As Siddiq pernah meninggalkan pesan, katanya:

1. Siapa yang memasuki kubur dengan tidak membawa bekalan samalah seperti orang yang belayar di lautan dengan tidak berperahu.

2. Kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga ada lima perkara iaitu:

a. Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa.

b. Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat.

c. Akhirat itu kegelapan, penerangnya adalahamal soleh.

d. Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah ‘La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.’

e. Siratul Mustaqim itu kegelapan, penerangnya adalah yakin.

3. Sesungguhnya iblis itu berdiri di hadapanmu, nafsu di sebelah kananmu, dunia di belakangmu, anggota di sekelilingmu dan Allah juga bersamamu. Iblis yang dilaknat menyuruhmu meninggalkan agama. Nafsu menyuruhmu berbuat maksiat. Keinginan hawa nafsu menyerumu ke arah syahwat. Dunia menyeru supaya memilihnya daripada Akhirat. Anggotamu menyerumu berbuat dosa. Allah menyerumu ke Syurga dan keampunan-Nya. Siapa yang menyahut seruan iblis terkeluarlah agamanya. Siapa yang menyahut seruan nafsu terkeluar rohnya (roh kemanusiaan). Siapa yang menyahut seruan syahwat, terkeluar akalnya. Siapa yang menyahut seruan anggota, terkeluarlah Syurganya. Siapa yang menyahut seruan Allah, terkeluarlah kejahatannya dan memperolehi segala kebaikan.

4. Sayidina Abu Bakar berkata: Terdapat lapan perkara yang menjadi perhiasan kepada lapan perkara: – Menjaga perkara yang haram, perhiasan kepada fakir. – Syukur perhiasan kepada nikmat – Sabar perhiasan kepada bala.– Tawaduk perhiasan kepada kemuliaan. – Berlemah lembut perhiasan kepada ilmu. – Merendah diri perhiasan kepada orang yang bercakap.– Meninggalkan riyak perhiasan kepada kebaikan. – Khusyuk perhiasan kepada sembahyang.

5. Sesungguhnya hamba itu apabila datang ujub dengan sesuatu dari perhiasan dunia nescaya Allah memurkainyahingga dia menceraikan perhiasan itu.

6. Moga-moga aku jadi pokok kayu dicantas kemudian dimakan.

7. Dia berkata kepada para Sahabat: Sesungguhnya aku telah mengendalikan urusan kamu, tetapi bukanlah aku ini orang yang paling baik di kalangan kamu maka tolonglah aku, kalau aku berlaku lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng betulkan aku.


B. SAYIDINA UMAR AL KHATTAB

1. Khalifah kedua, Sayidina Umar berpesan:

– Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah.
– Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk.

– Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah.

– Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka.

– Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan.

– Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan.

– Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri.

– Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak.


2. Jika tidaklah kerana takut dihisab sesungguhnya aku perintahkan kamu membawa seekor kambing untuk dipanggang di depan pembakar roti ini.

3. Siapa takut kepada Allah SWT, nescaya marahnya tidakdapat dilihat. Dan siapa takutkan Allah, kehendaknya akan ditunaikan.

4. Wahai Tuhan, jangan Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di tanganku.

5. Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.”









C. SAYIDINA USMAN IBNU AFFAN R.A.

Mari kita lihat pula kata-kata hikmah daripada khalifah ketiga, Sayidina Usman Ibnu Affan r.a. Di antaranya:

1. Aku mendapat kemanisan ibadah dalam empat perkara:

a. Sewaktu menunaikan apa yang difardhukan Allah.

b. Meninggalkan apa-apa yang Allah haramkan.

c. Ketika menyeru kepada kebaikan.

d. Ketika mencegah kemungkaran dan menjaga diri daripada membuat perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah.

2. Katanya lagi: Empat perkara yang pada zahirnya fadhilat dan pada batinnya wajib:


a. Bergaul dengan orang soleh itu fadhilat, mengikut amalan mereka itu wajib.

b. Membaca Al Quran itu fadhilat, beramal dengannya itu wajib.
c. Menziarahi kubur itu fadhilat, bersedia untuknya itu wajib.
d. Menziarahi orang sakit itu fadhilat, menunaikan wasiat itu wajib.


3. Pesanannya: Antara tanda-tanda ‘arifin itu ialah:

a. Hatinya berserta takut dan harap.

b. Lidahnya bertahmid dan memuji Allah.

c. Matanya berserta malu melihat perkara yang dilarang dan banyak menangis. d. Kehendaknya bersih dari cinta dunia dan bertujuan menuntut keredhaan Allah.


D. SAYIDINA ALI ABU TALIB K.W.

Khalifah keempat, Sayidina Ali k.w. berkata:

1. Ilmu itu sebaik-baik pusaka. Adab itu sebaik-baik sifat. Taqwa itu sebaik-baik bekalan. Ibadah itu sebaik-baik barang perniagaan.
2. Siapa yang tinggalkan dunia, dikasihi oleh Allah. Siapa yang tinggalkan dosa, dikasihi oleh malaikat. Siapa tinggalkan tamak, dikasihi oleh orang-orang Islam.

3. Siapa yang tidak ada padanya sunnah Allah, sunnah Rasul dan sunnah wali-Nya, maka tiadalah apa-apa kebaikan padanya. Ditanya orang pada Sayidina Ali k.w., “Apakah sunnah Allah?” Sayidina Ali menjawab, “Menyembunyikan rahsia (misalnya menutup aib orang lain).” Ditanya lagi, “Apakah pula sunnah Rasulullah?” ayidina Ali berkata, “Berlemah lembut dengan sesama manusia.” Ditanya lagi, “Apakah pula sunnah wali-Nya?” Sayidina Ali menjawab, “(Sabar dalam) menanggung penderitaan.”

4. Susah sekali melakukan kebaikan pada empat tempat: – Memberi maaf ketika marah.– Bersedekah ketika kesempitan.– Menjauhi perkara haram ketika seorang diri. – Berkata benar kepada orang yang ditakuti atau orang yang selalu menolong.

5. Memadai aku merasa mulia bahawa Engkau Tuhan bagiku dan memadailah aku merasa bangga bahawa aku menjadi hamba-Mu. Engkau yang aku cintai maka berilah aku taufik (agar dapat melakukan perkara-perkara yang Engkau cintai).

6. Hendaklah kamu lebih mengambil berat bagi diterima amalamal kamu daripada beramal. Sesungguhnya sangat besar nilainya amalan yang disertai taqwa dan betapa lagi kalau amalan itu diterima.

7. Janganlah mengharap seorang hamba itu melainkan Tuhannya dan janganlah dia takut melainkan dosanya.

8. Tiada kebaikan ibadah tanpa ilmu dan tiada kebaikan ilmu tanpa faham dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tiada perhatian.

9. Dasar kekafiran itu dikelilingi oleh empat tiang iaitu kasar hati, buta fikiran, lalai dan prasangka.
10. Orang berhati kasar akan menghina kebenaran, menunjukkan kejahatan dan mengutuk orang-orang pandai.

11. Buta hati akan lupa zikrullah.

12. Orang yang syak wasangka akan tertipu oleh angan-angan. Sampai masanya dia ditimpa kecewa dan sesal tidak berhujung kerana diperlihatkan Allah hal-hal yang selama ini tidak dikiranya.

48 comments:

nfsbs said...

assalamualaikum
trm ksh krna bg kata2 hkmh ni
ia amt bguna utk saya
mmndgkn sya seorg pljr sklh agama
sya hrp pmbca yg lain pun enjoy waktu mmbacanya
sekian

itminaan90 said...

Assalamualaikum..
Izinkan saya copy kata kata hikmah ini ya? Semoga Allah sebarkan manfaat da'wah saudara/saudari keseluruh pelosok dunia....Ameen!

Mohd Asri said...

Assalamulaikum,
Izinkan juga saya utk copy paste kata2 hikmah ini kedalam laman blog saya di asriubaid.blogspot.com.
Moga anda sentiasa dirahmati Allah.

encheanteur said...

assalamualaikum...
saya juga ingin meminta keizinan tuan untuk copy paste kata-kata himkah ni ya....
Moga anda sentiasa d rahmati Allah s.w.t.
n_n

ALG R@Y!!! said...

Assalamualaikum..trima kasih atas paparan kata2 ini...izinkan sy copy kata-kata ini untuk sy sebarkan kepada semua di blog sy..semoga kata-kata ini dapat memberi ilmu kepada semua dan diri sy.

ita said...

assalammualaikum..kata2 hikmah yang amat berguna..saya ingin meminta izin untuk copy kata2 ini dan di letakkan di blog saya..
http://deq-ita.blogspot.com..
semoga kata2 ini dapat memberi manfaat kepada semua..
terima kasih..

Ina75 said...

Salam,

Saya mohon nak copy dan edarkan kata-kata hikmah ni. Dah lama saya cari, Alhamdulillah jumpa di dalam blog ini. Jazakallahukhairan...

kHaiRoL said...

salam.. trima kasih utk kata2 hikmah nie.. izin kn sy copy kata nie..

d@n!@H said...

assalamualaikum..
saya meminta izin dr awak tok copy paste kata2 hikmah ni bleh??
(^_~)thanx

peje said...

assalamualaikum Izinkan juga saya utk copy paste kata2 hikmah ini kedalam laman blog saya di peje-timesaquaz,blogspot.com
Moga anda sentiasa dirahmati Allah.

amal said...

salam perkenalan...
kata-kata yg ckp bermkna dan memberi keinsafan d smping dpt sy memanfaatkn dan memuhasabahkan diri ini...syabas!
insyaAllah sy nk mtk izin saudara/i untk copy kata2 ini sbg perkongsian kepada kwn2 yg lain...jzkk...

amal said...

salam perkenalan...
kata-kata yg ckp bermkna dan memberi keinsafan d smping dpt sy memanfaatkn dan memuhasabahkan diri ini...syabas!
insyaAllah sy nk mtk izin saudara/i untk copy kata2 ini sbg perkongsian kepada kwn2 yg lain...jzkk...

nadhir said...

assalamu'alaikum...
satu blog yg ckup bgus utk d lyari...izinkan sy copy kata2 ini agr sma2 kita mnyebarkan dkwh...syukran

CitY nGaH said...

assalamualaikum..saya juga ingin mmnta izin untuk copy kata2 ini tuk blog saya,cityngah.blogspot.com.semoga anda drahmati allah.wsalam.

Nuradlia said...

Assalammualaikum..... sy tgh tekanan ckit la sebab nak final kiler paper . pas 2 lepas tgk2 blog ni asa tenang ckit kan n smbung study balik...best la blog ni...

Nuradlia said...

saya minta copy ye kata-kata ni ya, tuan empunya. kalo bleh letak la byk2 lg k... terima kasih,

yamunayakuza said...

sy nk copy gak..hrp awk halalkn...

syakizan said...

Assalamualaikum..trima kasih atas paparan kata2 ini...izinkan sy copy kata-kata ini

suria_reaL said...

sy pn nk minta kbnaran utk copy n edarkn kpd kwn2 yg lain..blog yg bgus yg mmberi hikmah kpd pmbaca2nya...;)

khairul said...

kata-kata yang sangat baik. mohon izin utk copy...tq

syafiqa143 said...

assalamualaikum...
thanx dgn kte2 y amat b'guna 2..
izinkn syer forwrd kn kata2 nie erk..

achik_hkm said...
This comment has been removed by the author.
Ғαяαн Ħαиʋм said...

Askm..bagus sekali laman ini..
i like..

My's Blog said...

salam,sy ingin copy kata2 hikmah ni.harap diizinkan

azri said...

SALAM..
KATA2 YANG BERMAKNA..IZINKAN SAYA COPY UNTUK RENUNGAN KEPADA SAUDARA2 YANG LAIN..TERUSKAN PERJUANGAN MURNI INI..AMIN

jiwaperang said...

assalamualaikum
time kasih untuk coretan nie..
izinkan juga saya untuk copy paste coretan nie...minta di halalkan dunia dan akhirat.

jiwaperang said...

assalamualaikum
time kasih untuk coretan nie..
izinkan juga saya untuk copy paste coretan nie...minta di halalkan dunia dan akhirat.

abu fatimah said...

salam. terima kasih atas sebaran manfaat ilmu yang menggunung gunanya. izinkan saya copy dan mengguna pakai dalam percakapan dan perkongsian saya dengan lain-lain insan. sekian

hidayah said...

assalamualaikum..saya juga ingin mmnta izin untuk copy kata2 ini...

محمد عزت said...

as salam....sy mohon keizinan utk copy kata2 kat sini...

Hafidh said...

Syukron,.... alhamdlillah ana bisa transfer ke temen2 ... jazakumullah....

Wan Kamarul Ariffin bin Wan Ahmad said...

menarik..kalau boleh tambah yg lain lg..

salamsahibulhikayat said...

Assalamualaikum..trima kasih atas paparan kata2 ini...izinkan sy copy kata-kata ini?Moga anda sentiasa dirahmati Allah.

salamsahibulhikayat said...

Assalamualaikum..
Izinkan saya copy kata kata hikmah ini ya? Moga anda sentiasa dirahmati Allah.

fatin suraya said...

salam, igin copy kata-kata hikmah ini dan ingin paste di dalam facebook, agar dapat berkongsi bersama kawan-kawan yang lain. thanks :)

salia uriepa said...

assalamualaikum,permisih saya mau numpang coppy kata-kata berhikmah ini, untuk saya taruh dalam buku harian saya.

Insyallah 4 I said...

boleh saya ambil kata-kata hikmah ini?

danial said...

mohon share, terima kasih

danial said...

mohon share, terimakasih

qudri anis said...

mohon share,tq..

KuHamba said...

Assalamualaikum..

Syabas atas usaha anda mengumpulkan kata2 hikmah yang amat bermakna untuk direnungi.. Saya mohon salinan untuk disebarkan.. Terima kasih..

Manman Rock said...

Assalam ..izin share,ty.

Manman Rock said...

Assalam ..izin share,ty.

fadir said...

assalamualaikum...minta izin copy ye...:) tq

Fathi Farmuza said...

Assalamualaikum,saya nak minta izin utk copy kata-kata ini :)

Jazaakallahu Khairan

Ainul Hamid said...

Assalamualaikum, saya mohon untuk copy dan sebarkan di facebook. semoga allah memberkati usaha yang mulia ini. Terima kasih.

Adzeem Hudzaifah said...

assalamu'alaikum!sgguh bermnfaat..izin share...

Norila Jaman said...

Assalamualaikum...izinkan saya untuk copy kata-kata hikmah yang menarik perhatian saya...agar dapt dimanfaatkan kepada semua.