Wednesday, May 16, 2007

MATLAMAT HAMBA ADALAH ALLAH



"Matlamat orang-orang muqarrobin ialah Allah. Mereka memburu Allah. Dapat Allah dapat semuanya. Hilang Allah hilanglah semuanya. Allah sumber keselamatan bahkan Allah itu segala-galanya.Mereka menagih cinta dan kasih sayang Tuhan.Mereka sangat takut dan bimbang kalau tersisih dari cinta dan rahmat Tuhan"

Sudah menjadi tabiat hamba sukakan nikmat dan bencikan kesusahan. Manusia akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan nikmat dan akan juga berusaha sedaya upaya untuk mengelak dari kesusahan. Manusia suka pada yang baik dan benci pada yang buruk. Manusia sukakan berita gembira dan takutkan ancaman seksa. Dalam mendidik manusia, Allah ambil kira perkara ini. Sebab itu dalam kita berdakwah, kita disyaratkan supaya menyampaikan tabsyir (berita gembira) dan tanzir (berita buruk). Ini perlu supaya manusia terdorong untuk membuat kebajikan dan akan takut untuk membuat kemungkaran. Ini sudah cukup untuk mengawal orang-orang yang beriman supaya mereka berbakti kepada Allah dan menjauhi larangan-Nya.

Di dalam Al Quran sendiri penuh dengan tabsyir dan tanzir. Allah janjikan pahala bagi orang-orang yang beriman dan yang beramal soleh. Allah ancam orang-orang yang ingkar dan derhaka dengan dosa. Allah janjikan orang-orang yang taat dengan Syurga dan segala macam keindahan dan nikmat-Nya. Dan Allah ancam orang-orang yang ingkar dengan Neraka dan segala macam seksaan-Nya. Bagi orang-orang soleh, mereka sangat cintakan Syurga dan sangat takutkan Neraka. Perasaan cintakan Syurga ini mendorong mereka untuk berbuat sebanyak-banyak ibadah dan kebajikan. Perasaan takutkan Nereka pula mengawal dan menghindarkan mereka daripada berbuat maksiat dan kemungkaran.

Namun demikian, keadaan seperti ini tidak berlaku kepada orang-orang muqarrobin (orang-orang yang hampir dengan Tuhan). Orang-orang muqorrobin tidak mengaitkan ibadah dan amal kebajikan mereka dengan pahala atau Syurga. Mereka juga tidak mengelakkan diri dari membuat maksiat dan kemungkaran atau dasar takutkan dosa dan Neraka. Dalam apa yang mereka lakukan dan usahakan, ia bersabit terus dengan Allah. Pendorong bagi mereka beribadah dan membuat sebanyak-banyak kebajikan dan penghalang yang menghindar mereka dari terlibat dengan maksiat dan kemungkaran ialah semata-mata cinta dan takut mereka kepada Allah itu sendiri. Soal pahala dan dosa dan soal Syurga dan Neraka tidak terlintas di dalam fikiran dan hati mereka.

Matlamat orang-orang muqarrobin ialah Allah. Mereka memburu Allah. Mereka mahu mempunyai dan memiliki Allah. Dapat Allah dapat semuanya. Hilang Allah hilanglah semuanya. Allah sumber keselamatan bahkan Allah itu segala-galanya. Mereka menagih cinta dan kasih sayang Tuhan. Mereka sangat takut dan bimbang kalau tersisih atau terpinggir dari cinta dan rahmat Tuhan. Bagi mereka, Syurga dan Neraka itu hanyalah makhluk ciptaan Tuhan seperti mereka juga dan tidak layak dijadikan matlamat. Orang-orang muqarrobin juga tahu bahawa Syurga itu terlalu mahal untuk dibeli dengan amal ibadat dan pahala. Tidak ada siapa yang dimasukkan ke Syurga kerana pahala dan amalan mereka. Tidak juga Rasulullah SAW sendiri. Manusia dimasukkan ke Syurga semata-mata kerana rahmat Allah. Justeru itu sepatutnyalah manusia berusaha untuk mendapatkan cinta dan rahmat Allah kerana inilah jalan keselamatan. Memburu Syurga belum tentu akan menghasilkan rahmat dan kasih sayang Tuhan. Tanpa rahmat dan kasih sayang Tuhan, apalah ertinya kehidupan dan kewujudan ini.

Tuesday, May 15, 2007

Buku terbaru!!!

Buku terbaru tulisan Ustaz Ashaari Muhammad ,bertajuk "POLITIK ISLAM MEMBAWA KASIH SAYANG", buku terbitan MINDA IKHWAN ini sedikit sebanyak memberi panduan kepada umat Islam keseluruhannya untuk mempraktikkan kaedah perjuangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. sekaligus menjawap persoalan yang timbul di benak fikiran kita tentang perjuangan politik islam yang wujud di negara Malaysia , mengapa semakin berjuang, semakin bermusuhan? mari kita buka tirai ini dan cuba lapangkan hati dan fikiran , moga buku ini sebagai alternatif , bagi penyelesaian masalah ini.

berikut adalah tajuk-tajuk yang terkandung di dalam buku ini;

Kandungan
Dari Penerbit
Prakata
Muqaddimah

Bab 1 : Politik yang Sebenar
Bab 2 : Tidak ada Perkataan Politik (Siasah) dalam AL Quran
Bab 3 : Parti Allah

Bab 4 : Pemimpin Politik Islam (Khalifah)
Bab 5 : Politik Pilihan Raya Bercanggah Dengan Islam ?
Bab 6 : Teknik Perjuangan Politik Yang Tidak Islamik
Bab 7 : Perbezaan Hasil Perjuangan Politik Islam & Politik Barat
Bab 8 : Mari Belajar dari Kelantan
Bab 9 : Model Kepimpinan
Bab 10 : Pentadbiran Yang Baik
Bab 11 : Siapa Penegak Poitik Islam ?
Bab 12 : Akhir Zaman Yang Dijanjikan
Bab 13 : Malaysia Akan Jadi Negara Islam ?

Monday, May 14, 2007

PERINGKAT-PERINGKAT GOLONGAN YANG BERZIKIR


Bila kita katakan ZIKIR dalam bahasa Melayu - mengingat, menyebut - yang ada hubungkait dengan Allah samaada dengan perkataan atau lisan. Jika tidak dihubungkait dengan Allah tidak dikatakan Zikir.

Dengan perbuatan iaitu melibatkan seluruh anggota lahir atau jawareh atau dengan hati kita, ia berlaku dengan perantaraan mau pun dengan tidak ada perantaraan samada secara nyata atau jahar atau secara senyap-senyap (sirrun). Perlu diingat bahwa zikir yang paling besar dan agung adalah melalui sembahyang 5 waktu selain ia bersifat menyembah di dalamnya ada berbagai-bagai bentuk zikir antaranya lafaz Al-Fatehah dan dua kalimah syahadah.

GOLONGAN-GOLONGAN YANG BERZIKIR:

(1.) Golongan kafir.
Golongan yang langsung tidak menyebut Allah. Kalau mereka menyebut Tuhan tetapi bukan Tuhan yan sebenarnya kerana mereka menyebut tuhan yang sangka-sangka iaitu tuhan palsu mereka. Ertinya mereka menyebut

(2.) Golongan yang lalai.
Golongan yang menyebut Allah dengan lidah semata-mata tetapi tidak dengan hatinya. Akhirat hanya diingat sekali-sekala, dengan kata lain, hatinya tidak berniat untuk mengingat dan tindak tanduknya tidak mengikut. Secara akal dan ilmu mereka percaya adanya Tuhan yakni pada zat dan sifatNya. Kalaupun mereka membaca lafaz-lafaz zikir seperti Subhanallah, hanya di lidah tetapi tidak di hati. Golongan ini boleh jatuh fasik dan zalim.

(3.) Golongan pendusta.
Golongan yang mengingat Tuhan Allah serta menyerah hati kepada Allah di waktu terdesak kerana mendapat bala bencana seperti kemarau, banjir, kesempitan hidup dan masalah yang tidak dapat diselesaikan. Barulah ia sedar dan bersyariat serta mengharap sangat kepada Allah. Tetapi apabila mendapat kesenangan atau masalah telah selesai, mereka mula melupai Tuhan.

(4.) Golongan ashabul yamin(golongan soleh).
Golongan yang berzikir sampai datang rasa di hati dan fizikalnya atau jawarehnya. Mereka terlibat perkara-perkara yang harus atau mubah. Kalau terlanggar perkara-perkara yang haram, sedikit sangat.

(5.) Golongan muqarrabin.
Golongan yang seluruh anggota yang tiga - jawareh, lidah dan hati - sentiasa berzikir dengan Allahm dan sentiasa mengikut syarat. Kalau pun ada lalainya kerana masih terlibat dengan hal atau perkara yang baru.

(6.) Golongan as-siddiqin.
Golongan yang seluruh perkataan dan jawarehnya benar-benar tenggelam dalam mengingati Allah. Perkara yang mubah mereka tidak terlibat dan sangatlah terbatas. Mereka benar-benar mabuk dengan Tuhan. Hatinya penuh rindu atau terlalu takut dengan Tuhan.