Bila kita katakan ZIKIR dalam bahasa Melayu - mengingat, menyebut - yang ada hubungkait dengan Allah samaada dengan perkataan atau lisan. Jika tidak dihubungkait dengan Allah tidak dikatakan Zikir.
Dengan perbuatan iaitu melibatkan seluruh anggota lahir atau jawareh atau dengan hati kita, ia berlaku dengan perantaraan mau pun dengan tidak ada perantaraan samada secara nyata atau jahar atau secara senyap-senyap (sirrun). Perlu diingat bahwa zikir yang paling besar dan agung adalah melalui sembahyang 5 waktu selain ia bersifat menyembah di dalamnya ada berbagai-bagai bentuk zikir antaranya lafaz Al-Fatehah dan dua kalimah syahadah.
GOLONGAN-GOLONGAN YANG BERZIKIR:
(1.) Golongan kafir.
Golongan yang langsung tidak menyebut Allah. Kalau mereka menyebut Tuhan tetapi bukan Tuhan yan sebenarnya kerana mereka menyebut tuhan yang sangka-sangka iaitu tuhan palsu mereka. Ertinya mereka menyebut
(2.) Golongan yang lalai.
Golongan yang menyebut Allah dengan lidah semata-mata tetapi tidak dengan hatinya. Akhirat hanya diingat sekali-sekala, dengan kata lain, hatinya tidak berniat untuk mengingat dan tindak tanduknya tidak mengikut. Secara akal dan ilmu mereka percaya adanya Tuhan yakni pada zat dan sifatNya. Kalaupun mereka membaca lafaz-lafaz zikir seperti Subhanallah, hanya di lidah tetapi tidak di hati. Golongan ini boleh jatuh fasik dan zalim.
(3.) Golongan pendusta.
Golongan yang mengingat Tuhan Allah serta menyerah hati kepada Allah di waktu terdesak kerana mendapat bala bencana seperti kemarau, banjir, kesempitan hidup dan masalah yang tidak dapat diselesaikan. Barulah ia sedar dan bersyariat serta mengharap sangat kepada Allah. Tetapi apabila mendapat kesenangan atau masalah telah selesai, mereka mula melupai Tuhan.
(4.) Golongan ashabul yamin(golongan soleh).
Golongan yang berzikir sampai datang rasa di hati dan fizikalnya atau jawarehnya. Mereka terlibat perkara-perkara yang harus atau mubah. Kalau terlanggar perkara-perkara yang haram, sedikit sangat.
(5.) Golongan muqarrabin.
Golongan yang seluruh anggota yang tiga - jawareh, lidah dan hati - sentiasa berzikir dengan Allahm dan sentiasa mengikut syarat. Kalau pun ada lalainya kerana masih terlibat dengan hal atau perkara yang baru.
Golongan yang seluruh perkataan dan jawarehnya benar-benar tenggelam dalam mengingati Allah. Perkara yang mubah mereka tidak terlibat dan sangatlah terbatas. Mereka benar-benar mabuk dengan Tuhan. Hatinya penuh rindu atau terlalu takut dengan Tuhan.
No comments:
Post a Comment